Salah satu cerita dongeng terawal yang kita dengar ketika zaman kanak-kanak adalah kisah teladan Gagak Yang Bijak.
Cerita itu mengisahkan kebijaksanaan seekor burung gagak yang boleh dijadikan pengajaran bagi kanak-kanak bagi menggunakan akal fikiran dalam mencari penyelesaian masalah.
Dalam kisah Gagak Yang Bijak, seekor burung gagak yang dahaga terjumpa sebuah balang berisi air. Walau bagaimanapun, paruhnya tidak muat untuk dimasukkan ke dalam balang tersebut untuknya meminum air.
Si gagak kemudian mendapat idea untuk memasukkan batu-batu kecil yang terdapat di sekitarnya ke dalam balang tersebut agar air di dalamnya naik ke permukaan.
Walaupun ramai yang percaya cerita itu hanyalah sebuah kisah dongeng, sebuah video yang tular baru-baru ini membuktikan bahawa haiwan itu memang pandai menyelesaikan masalah mereka sendiri.
Setelah lama dengar kisah ni, akhirnya keluar live action pic.twitter.com/49U817DLJq
— Ghulam (@ghulamrusli) November 15, 2020
Dalam video yang tular itu, seekor burung gagak menghampiri botol berisi air, namun air di dalamnya terlalu sedikit.
Burung itu kemudian dilihat mengutip batu-batu di atas tanah dan memasukkannya ke dalam botol terbabit, sambil cuba memasukkan paruhnya ke dalam muncung botol setiap kali dia memasukkan batu, sehinggalah dia berjaya meminum air berkenaan.
Adegan tersebut membuat ramai yang terhibur kerana dapat menyaksikan kisah kanak-kanak itu dalam dunia sebenar.
Diantara Komen yang Diterima
“Cerita kanak-kanak jadi nyata…”
“Rasa macam darjah 2 balik…”
“Ni dah bukan cerita dongeng…”
“Live action paling mantapp…”
“based on true story ke…”
Sumber : Himpunanceritalawak
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.